expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, 25 July 2013

Maruah itu Harga Diri :D

Maruah mulia penyeri jiwa,
Jadi hiasan ibarat bunga,
Harum mewangi indah berseri,
Jadi sanjungan idaman hati,
Jadi lambang kemuliaan diri,

Marilah bersama mari berusaha,
Hias diri dengan maruah mulia,
Pastinya bahagia pasti sejahtera,
Dihormati dan disanjungi semua,

Andainya maruah tiada dipelihara,
Diri kita pasti nanti akan di hina,
Bersegeralah bertaubat pada yang Esa,
Hanya Allah yang menjadi benteng utama,

Indahnya pabila diri ini dihiasi maruah mulia,

Berkata pelajari amalkan,
Lembut tutur dalam percakapan,
Pepatah yang banyak dijunjungkan,
Yang baik dijadikan pilihan,
Yang buruk dijadikan sempadan.

*sekian , wallahu a'alam*

#Post ini dibuat berdasarkan lirik ^_^

Art by : Rajaie Enenef :D

Thursday, 18 July 2013

The Secret of that "Mata" :o

♫ Bismillahirrahmanirrahim ♫

"Alhamdulillah , masih dihidupkan dan diberi kesempatan 
utk update blog yg dah berhabuk nie " ^_^

Insya Allah hari nie akan sebut sikit pasal Fiqh Ikhtilat 
ataupun dipanggil sebagai Hukum Pergaulan .
*Kalau salah , tlg tegur*

Jadi , bila disebut pergaulan , mestilah sabit akan perempuan dan lelaki . Kan ? So , ana nk kupas satu benda je ; iaitu PANDANGAN . Saje ana besarkan supaya antum dpat ambil point tu sbaiknya . Sebenarnya , pandangan adalah senjata yg bahaya dan termasuk drpd panahan-panahan syaitan . Jadi , bagi kedua-dua belah pihak , perlulah menjaga pandangan . Maksudnya tidak boleh melihat aurat , tidak boleh melihat dgn sbarang pndangan syahwat dan tidak memandang lama tanpa ada sebarang keperluan .

Allah sendiri berfirman dlm Al-Quran yg benar ;


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (24:30)

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(24:31) 

Jika kita perasan , dlam ayat ke 31 , dah disertakan cara mnutup aurat yg sbenar . Hope smua dpat ambil perhatian yg sewajarnya lha . Jadi , satu lagi benda yg perlu di ambil perhatian ialah ; PIHAK PEREMPUAN PERLULAH MEMAKAI PAKAIAN SOPAN MENURUT SYARA' .

Hmm , sampai di sini je lha . Sekian wallahu a'alam . Segala yg baik di ambil sbg pedoman , yg buruk dijadikan teladan . #Hempuk Nafsu Tanya Iman ^_^