expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 26 May 2012

Cara Nak Dapat Saham Akhirat Dgn Mudah...

Assalamualaikum pembuka bicara,
harap post ini dapat memberi manfaat kepada semua...



Laman sosial menjadi suatu fenomena dalam abad ini...
selepas satu laman,akan ada laman lain yang wujud untuk bersaing,
tapi sedar x sedar,majoriti menjadi ketagih dan menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk membuka/online akaun mereka di laman2 sosial seperti Facebook setiap hari...








Tapi,hanya segelintir yang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini....
majoriti menyalahgunakan kemudahan ini untuk menuruti gerak hati dan nafsu semata-mata,
tanpa sedar,kemurahan gerak kerja dakwah dapat dijalankan dgn baik sekiranya menggunakan kemudahan ini sebaik-baiknya...


Antara tuntutan agama yang mesti dilaksanakan oleh setiap orang Islam ialah dakwah.....
Tuntutan ini disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia seluruhnya. Tuntutan dan keperluan ini bukan semata-mata atas kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan hidup di dunia ni. Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai kewajipan berdakwah antaranya ialah :

 1. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)

2. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya kamu mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).

3. Firman Allah swt yang bermaksud : "Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)

4. Firman Allah swt yang bermaksud : "Dan orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah, sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru (manusia) dan hanya kepadaNya aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)

5. Hadith Rasulullah saw yang bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya."

Berdasarkan hadith dan ayat-ayat di atas, agama Islam adalah merupakan nasihat yang disampaikan sesama manusia kerana allah swt. Setelah diteliti segala hujah yang dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu tuntutan yang amat besar. Ia ada hubung kait yang rapat dengan matlamat dijadikan manusia. Kalaulah matlamat dijadikan manusia adalah untuk beribadat atau menghambakan diri kepada Allah, maka dakwah merupakan saluran untuk memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran. Atas alasan ini dakwah Islamiyyah merupakan pokok dalam kehidupan orang Islam.Jadi,kita sebagai seorang Mukmin dan Muslim WAJIB berdakwah..
Tapi,cabaran yang dihadapi oleh da'ie(pendakwah) sekarang amatlah susah kerana ramai yang x mahu mendengar kata2/teguran kita.Mungkin ramai yg kata,"apa citer k0 jaga tepi kain org nie?" dan lain2....


Tapi,Allah juga telah memberi kemudahan kepada kita.Dengan adanya laman sosial,kita dapat share/berkongsi tazkirah bersama rakan2....jadi,amat mudah untuk kita berdakwah...cukuplah sekadar 1 tazkirah sehari ataupun seminggu.Sekurang-kurangnya,kita telah berusaha untuk berdakwah...


Walaubagaimanapun,ingatlah pada firman Allah SWT dalam Al-Quran:

                              يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
 maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!(As-Saff-2)

Maka dengan dalil itu,jelaslah bahawa ita jgnlah sekali-kali hanya memberi tazkirah dan peringatan kpd org lain tetapi,kita sendiri masih melakukannya.Naudzhubillah.

Sama-samalah kita berdakwah demi menjamin saham akhirat kita...
 Sekian;Wallahu A'alam

P/S:klu ada salah silap,tlg tegur... :D

Saturday, 19 May 2012

Hakikat Kehambaan

Salam,pabila dah banyak berdosa,taubatlah jalannya,
pabila keras hati,muhasabahlah caranya,
 jom sama2 renungi lagu Hakikat oleh Durrani....

Lirik:
Pabila terasa diawasi Tuhan
Rasa berdosa setiap masa
Rasa hina diri dengan Tuhan
Rasa syukur dengan nikmat Nya

Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Allah ya Allah

Mukmin sejati sentiasa waspada
Dari dosa tanpa sengaja
Apatah lagi dosa yang nyata
Umpama gunung jatuh padanya

Segala-galanya untuk Tuhannya
Jiwa derita dengan dosa
Hati rasa kurang amal pada Nya
Itulah hakikat sifat kehambaan
Bahagia

Gerak laku bertambah kaku
Lantaran nafsu yang telah jemu
Namun diriku bertambah malu
PadaMu ya rabbi
Yang miliki sifat An-Nasru


Friday, 18 May 2012

Peringatan Kepada Kaum Hawa

 
Seringkali kita baca tentang penyeksaan dan azab kerana x menutup aurat,
tetapi masih ramai yang melakukannya walaupun telah membacanya post2 begini,
kenapa?
pada pendapat saya,mereka x mengamati post sebegini dengan baik....
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan

Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

... Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

dengarlah pesanan dariku!!

Wahai para pemuda,
maralah ke hadapan!

semangatmu diperlukan,
kudratmu didahagakan mereka,

berjuanglah,
walaupun tak menggunakan DP koko,
doamu pasti di dengar Maha Esa,

berjuanglah,
walaupun amat sukar ke sana,
sumbangkanlah hartamu,

berjuanglah,
walaupun terpaksa mengadakan perang siber,
kerana itu satu tuntutan,

berjuanglah,
walaupun darahmu jatuh ke bumi,
syurga pasti akan menanti.....

(nukilan Insan Kontemporari)

P/S:pesanan ini buat diriku dan semua belia...


Betapa Beruntungnya Kami


==============================
Telah muncul agama yang didukung,
Telah muncul agama yang didukung dengan munculnya sang Nabi Ahmad,
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw),
itulah anugerah dari Allah.
Betapa beruntungnya kami,
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah),
penghimpun rahasia setiap makna, tak ada yang senilai dengannya,
dan Allah mewahyukannya kepadanya (Muhammad SAW),
Betapa beruntungnya kami,
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) menjdai dibanggakan di atas seluruh manusia.
Betapa beruntungnya kami,
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya,
Semua mengelu-elukannya di barat dan di timur.
Segala puji bagi Allah,
Betapa beruntungnya kami,
Bershalawatlah kepada sebaik-baik manusia, yang terpilih,
Sang bulan purnama,
Bershalawatlah dan sampaikan salam kepadanya,
kelak ia akan memberi syafaat kita di hari kebangkitan.
Betapa beruntungnya kami

Thursday, 17 May 2012

JANGAN CAMPAKKAN DIRI ANDA KE LEMBAH KEHINAAN !!

Firman Allah bermaksud :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32

Firman Allah bermaksud :
"Dan orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba mereka, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari selain itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas."
-Surah Al-Mukminun: ayat 5-7

Sabda Rasulullah s.a.w
"Hindarilah zina sebab ia menimbulkan enam kesan buruk, tiga di dunia dan tiga di akhirat. Yang di dunia, zina akan menghilangkan kegembiraan, menyebabkan fakir dan mengurangi umur sedangkan keburukan di akhirat nanti, zina menyebabkan pelakunya diazab, dihisab secara ketat dan kekal di neraka."
-Hadis riwayat Baihaqi

Sabda Rasulullah s.a.w
"Umatku akan sentiasa baik selagi belum lahir anak zina di kalangan mereka. Jika anak zina sudah tersebar di kalangan mereka, maka aku bimbang Allah akan menimpakan azab-Nya kepada mereka."
-Hadis riwayat Imam Ahmad



s0,sama2 lar kita jauhkan diri dari lembah kehinaan~

Antara protokol Ya'hudi yang mengandungi 8 perkara

1.. Song....
Lagu-lagu yang menghiburkan. .jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Ada anak-anak yang tak hafal Al-Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa-depa.....
...
berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2. ...Sex.....
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana..
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......

3. ...Smoke....
Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....

4. .....Sport.. .
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana BOLA masuk GOL......
Then Yahudi gol lagi........sampai ada ulamak kata...kerana sukan...sembahyang boleh tangguh....
Masha Allah,..

5. .. Fun..
Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga.....yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6.... Female...
Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?.. .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......

7...Fashion. ...
Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat Islam sudah jadi macam Yahudi.....

8.. .. Food..Makanan. .
Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check....halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Ini hanya baru sedikit yg di ambil dari protokol yahudi.....
protokol yang lain-lain entah macam-macam lagi....
aku ini juga cintakan Malaysia .....tetapi aku lebih cintakan ALLAH dan ISLAM.......  
Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah......

DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH....



1 minit untuk mengingat Allah

Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:
* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA
MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN

Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan
 
-----------------
PANDUAN & NASIHAT
-----------------

Dalam sepotong ayat dan sepotong hadis ada menerangkannya:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."
(Hadith riwayat Az-Zahabi dalam Al-Kabair.)selamat beramal...

*Apabila Orang Sudah Tidak Mahu Akhirat*

Assalamualaikum sahabat,,semua..

Marilah kita lihat diri kita termasuk saya (bukan org lain) yang sudah tidak mahu kepada akhirat..(secara zahir) iaitu perbuatan

kerana PASTI hati (secara batin ) semua orang (walau orang jahat sekalipun) tetap mahu kepada akhirat..

tapi "Perbuatan seseorang itu lebih diambil kira daripada percakapannya"

1. Solat Witir

- Bagi mereka (termasuk saya) yang masih tidak ketahui, mereka pasti kata solat witir adalah solat sunat iaitu hanya pada bulan Ramadhan..

~RUGI TERLAMPAU RUGI BESARLAH KITA SEMUA...

Kerana solat witir adalah solat sunat yang paling terbesar pada setiap hari (bukan hanya bulan ramadhan saja) , dan solat witir bagi nabi adalah wajib, bagi kita (umat Islam) adalah sunat..

~DAN TERAMAT-AMAT RUGI TERLAMPAU BESARLAH KITA SEMUA...

Kerana solat witir lebih mahal dari kereta yang paling termahal di dunia iaitu Kereta Bugatti Veyron ,

Kerana di dalam satu hadis , Nabi S.A.W bersabda "Solat witir lebih mahal daripada harga unta merah" . Nabi berkata ini kepada sahabat yang suka kepada unta merah yang hanya digunakan oleh orang-orang kaya raya di tanah arab..

2. Wuduk

- Bagi mereka (termasuk saya) yang masih tidak ketahui, mereka pasti kata wuduk hanya membuang kekotoran di badan mereka.. dan jika mereka bersih , mereka tidak akan berwuduk (kecuali ketika mahu solat)

~RUGI TERLAMPAU RUGI BESARLAH KITA SEMUA...

Kerana setiap kali wuduk yang diambil pada badan mereka akan dibayar dengan seorang bidadari syurga yang teramat cantek dan jelita sekali. Kalau selepas kentut, kita ambil, sehingga 10 kali? maka akan dapat 10 orang bidadari

~DAN TERAMAT-AMAT RUGI TERLAMPAU BESARLAH KITA SEMUA...

Kerana hanya bermodalkan 3 botol air mineral (botol keci) yang berharga RM3. sudah dapat seorang perempuan cantek..

Kalau sekarang? RM5000 pun orang tidak akan menerima pinangan, mahu tidak RM 8000 ke atas,, baru boleh.. (biasalah sebab kita semua GILAKAN DUIT, dan memang tidak akan capai tahap keikhlasan yang tinggi seperti Imam Syafie, Imam Hambali, imam2 lain, dan para sahabat, dan jauh untuk menyamai keikhlasan nabi s.a.w. . Tahap ikhlasan yang rendah pun tidak akan capai )

Cuba bayangkan RM3 dengan RM8000?? mana pilihan anda??

3. Surah Al-Ikhlas

- Bagi mereka (termasuk saya) yang masih tidak ketahui, mereka pasti kata surah al-ikhlas adalah surah yang pendek, dan jika pendek mesti sikit pahalanya..

~RUGI TERLAMPAU RUGI BESARLAH KITA SEMUA...

Kerana surah al-ikhlas, ulama2 mentafsirnya sehingga beratus -ratus muka surat.

dan sekali membaca surah al-ikhlas, pahalanya sama dengan membaca 10 juzuk al-quran.dan jika membacanya sebanyak 3 kali, pahalanya adalah sama dengan membaca 30 juzuk (sebuah al - quran)

~DAN TERAMAT-AMAT RUGI TERLAMPAU BESARLAH KITA SEMUA...

Kerana 3 kali membaca surah al ikhlas dalam kelajuan yang sederhana adalah mengambil masa selama 20 saat.. (ini yang saya kaji, cubalah sendiri nanti)

ia boleh di baca di mana2 saja.. kecuali di tempat yang dilarang seperti tandas dan sebagainya. Dikala kita boring , x ada orang komen status Facebook kita, atau bersediy sebab putus cinta, bolehlah baca surah ini sebanyak 3 kali..iaitu hanya 20 saat. Mudahkan? Memang Mudah Tapi Kita (Umat Akhir Zaman) Jika berkaitan dengan Islam, Benda Yang Mudah Kita Buat ,Sukar Kita Nak Buat.

4. (Ini yang terakhir dan terhebat) Solat Sunat Sebelum Subuh.

- Bagi mereka (termasuk saya) yang masih tidak ketahui, mereka pasti kata solat sunat sebelum subuh, apakah hebatnya?? cuba sekadar solat sunat, tidur lebih baik dan syok.

~RUGI TERLAMPAU RUGI BESARLAH KITA SEMUA...

Kerana 2 rakaat solat sunat sebelum subuh yang dikerjakan selama 5 minit jeee,,,

Nabi S.A.W bersabda "2 rakaat solat sunat sebelum subuh adalah lebih baik daripada dunia dan isinya"

Allahukbar x3.. besarnya fadhilatnya,,,

~DAN TERAMAT-AMAT RUGI TERLAMPAU BESARLAH KITA SEMUA...

Kerana pekerjaan 5 minit yang bermodalkan RM3 ringgit air wuduk, dilakukan di masjid atau di surau yang di sewa PERCUMA (kalau lakukan di rumah yang sewa ,itu berbayarlah ya) .. ADALAH LEBH BAIK DARIPADA DUNIA DAN ISINYA..

Cuba bayangkan dengan akal kita "sedikit"

Dunia memang sangat mahal , tanah sekarang dah pun mahal, harga sehingga berpuluh2 ribu ringgit, sampai ada yang bergaduh adik beradik (sebab berebut tanah),

udara yang kita sedut? boleh kita bayar? berapa harganya.. sangat mahal.. dan PRICELESS.. (infiti digit).. tidak boleh dibayar dengan duit yang tidak seberapa itu,,

air?? setiap bulan bil air pun,, pun dan berpuluh2 ringgit, malah ada yang beratus ringgit...

itu baru dunia , bagaimana dengan isinya???

petroleum (dengan harga minyak pula naik) , emas??perak??? gangsa? berlian? intan ?? permata? intan payung??? delima?? zamrud?? harta karun???

persoalan : berapa harga semua tu???

jawapan : harganya lebih murah daripada 2 rakaat 5 minit solat sunat sebelum subuh,,,

ini adalah serba sedikit yang akal kita boleh pikir..

Maaf kalau terkasar bahasa, dan maaf kerana post ini terlampau panjang,,

Salam perkenalan

Salamullahi alaikum....
ana baru jer berkecimpung dlm arena bl0gging ni....
harap bley supp0rt ana....
salam ukhwah...(n_n)v