harap post ini dapat memberi manfaat kepada semua...
Laman sosial menjadi suatu fenomena dalam abad ini...
selepas satu laman,akan ada laman lain yang wujud untuk bersaing,
tapi sedar x sedar,majoriti menjadi ketagih dan menjadi satu kewajipan bagi mereka untuk membuka/online akaun mereka di laman2 sosial seperti Facebook setiap hari...
Tapi,hanya segelintir yang memanfaatkan sepenuhnya kemudahan ini....
majoriti menyalahgunakan kemudahan ini untuk menuruti gerak hati dan nafsu semata-mata,
tanpa sedar,kemurahan gerak kerja dakwah dapat dijalankan dgn baik sekiranya menggunakan kemudahan ini sebaik-baiknya...
Antara tuntutan agama yang mesti
dilaksanakan oleh setiap orang Islam ialah dakwah.....
Tuntutan ini
disebabkan kerana dakwah itu merupakan satu keperluan bagi manusia
seluruhnya. Tuntutan dan keperluan ini bukan semata-mata atas
kepentingan akhirat, tetapi juga atas kepentingan hidup di dunia ni.
Terdapat pelbagai dalil al-Quran mengenai kewajipan berdakwah antaranya
ialah :
1. Firman Allah s.w.t yang
bermaksud : " Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan
nasihat yang baik, dan berbincanglah dengan mereka dengan cara yang
baik. Sesunguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa
yang tersesat dari jalanNya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang
yang mendapat petunjuk" (surah al-Nahl : 125)
2. Firman Allah s.w.t yang bermaksud
: " Bagi tiap-tiap umat telah Kami tetapkan syariat tertentu yang
mereka lakukan, maka janganlah sekali-kali mereka membantah engkau dalam
urusan (syariat) ini dan serulah kepada (agama) Tuhanmu. Sesungguhnya
kamu mudah-mudahan berada pada jalan yang lurus." (Surah al-Hajj : 67).
3. Firman Allah swt yang bermaksud :
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru
kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata : Sesungguhnya aku
termasuk orang-orang yang berserah diri." (Surah Fussilat : 33)
4. Firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan orang-orang yang telah Kami berikan kitab kepada mereka bergembira
dengan kitab yang diturunkan kepadamu, dan di antara golongan-golongan
yang bersekutu ada yang mengingkari sebahagiannya. Katakanlah,
sesungguhnya aku hanya diperintah untuk menyembah Allah dan tidak
mempersekutukan sesuatu pun dengan Dia. Hanya kepadaNya aku menyeru
(manusia) dan hanya kepadaNya aku kembali." (Surah ar-Ra'd : 36)
5. Hadith Rasulullah saw yang
bermaksud : "Agama itu adalah nasihat, para sahabat bertanya : Untuk
siapa? Baginda menjawab : Untuk Allah, Kitabnya, Rasulnya dan untuk
pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan seluruh pengikutnya."
Berdasarkan hadith dan ayat-ayat di
atas, agama Islam adalah merupakan nasihat yang disampaikan sesama
manusia kerana allah swt. Setelah diteliti segala hujah yang
dikemukakan, dapatlah difahami bahawa dakwah itu satu tuntutan yang amat
besar. Ia ada hubung kait yang rapat dengan matlamat dijadikan manusia.
Kalaulah matlamat dijadikan manusia adalah untuk beribadat atau
menghambakan diri kepada Allah, maka dakwah merupakan saluran untuk
memperjelaskan matlamat tersebut kepada sasaran. Atas alasan ini dakwah
Islamiyyah merupakan pokok dalam kehidupan orang Islam.Jadi,kita sebagai seorang Mukmin dan Muslim WAJIB berdakwah..
Tapi,cabaran yang dihadapi oleh da'ie(pendakwah) sekarang amatlah susah kerana ramai yang x mahu mendengar kata2/teguran kita.Mungkin ramai yg kata,"apa citer k0 jaga tepi kain org nie?" dan lain2....
Tapi,Allah juga telah memberi kemudahan kepada kita.Dengan adanya laman sosial,kita dapat share/berkongsi tazkirah bersama rakan2....jadi,amat mudah untuk kita berdakwah...cukuplah sekadar 1 tazkirah sehari ataupun seminggu.Sekurang-kurangnya,kita telah berusaha untuk berdakwah...
Walaubagaimanapun,ingatlah pada firman Allah SWT dalam Al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!(As-Saff-2)
Maka dengan dalil itu,jelaslah bahawa ita jgnlah sekali-kali hanya memberi tazkirah dan peringatan kpd org lain tetapi,kita sendiri masih melakukannya.Naudzhubillah.
Sama-samalah kita berdakwah demi menjamin saham akhirat kita...
Sekian;Wallahu A'alam
P/S:klu ada salah silap,tlg tegur... :D
Tapi,Allah juga telah memberi kemudahan kepada kita.Dengan adanya laman sosial,kita dapat share/berkongsi tazkirah bersama rakan2....jadi,amat mudah untuk kita berdakwah...cukuplah sekadar 1 tazkirah sehari ataupun seminggu.Sekurang-kurangnya,kita telah berusaha untuk berdakwah...
Walaubagaimanapun,ingatlah pada firman Allah SWT dalam Al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ
maksudnya:Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!(As-Saff-2)
Maka dengan dalil itu,jelaslah bahawa ita jgnlah sekali-kali hanya memberi tazkirah dan peringatan kpd org lain tetapi,kita sendiri masih melakukannya.Naudzhubillah.
Sama-samalah kita berdakwah demi menjamin saham akhirat kita...
Sekian;Wallahu A'alam
P/S:klu ada salah silap,tlg tegur... :D

No comments:
Post a Comment