expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, 26 March 2014

Cinta Pandang Kopiah Part 2

bismillah ~

(sambungan)

Akhi : *Ya Rabbi , kopiah aku ! malu om* sambil cover macho ~

Ukhti : *Subhanallah , bkpo kopiah nie jatuh depan aku nie . Nie jodoh aku ke ?* berkata si 'Ni kobis' dlm kondisi genya -_-

Maka , dipendekkan cerita , Allah menurunkan hujan yg amat lebat . Disebabkan oleh itu , berlarilah si akhi dan ukhti ke bawah pangkin yang satu satunya masih berdiri teguh di situ .

Nasib mereka amat baik *kata syaitan* kerana hanya mereka berDUA di bawah pangkin yg comel dan dihiasi dgn air hujan yg amat cantik jatuhannya ke bumi yg luas ini .

Kelihatan disana , nun dekat di tangan si ukhti , ada kopiah kaler hitam yg tak diketahui bila kali terakhir ia dibasuh *erk*

Ukhti : "Emmm *ehem ehem*"

Akhi : "Huh ? Owh . . . Assalamu alaik ya ukhti , ahli jannah", sambil dilemparkan senyuman innocent di bibir yg tak berapa memikat

Ukhti : "Err , wasalam alaika warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh !" balas si niqabis comel dgn satu nafas jerrrr =,="

Akhi : "Boleh bagi balik tak kopiah ana tu ? Kepala ana sejuk ni . Hihi" dgn gaya tangan meminta sedekah .

Ukhti : "kopiah ? kopiah yg mana ? mana ade ," jawab si gadis yg tidak sedar tangan kanannya memegang kopiah yg TERamat wangi -_____-

Akhi : "Enti ni . Jgn sampai ana marah !" si syabab gagah perkasa mengangkat suara nya .

"HIARGHHHHH!!!!!"

semena mena bunyi itu datang . . .

Bersambung . . . . Ihik Ihik *gelak comel*

PAKAIAN AGAMA :O

Maka janganlah kita sangka semua yang berpakaian agama itu akan ke syurga. Tidak mustahil lengangan jubah, rida, serban dan segala lambang-lambang agama yang dipakai dengan kesombongan sehingga merasa dirinya lebih baik dan sempurna dibanding orang lain, itu semua hanya mengheret pengamalnya ke dalam neraka.

Ibn Ataillah dalam hikamnya menyebut:

“Boleh jadi Allah membuka untukmu pintu ketaatan tapi tidak dibuka pintu penerimaan amalan. Boleh jadi ditakdirkan untukmu maksiat maka itu menjadi sebab jalan sampai kepada Allah. Maksiat yang menyebabkan seseorang rendah diri dan pasrah lebih baik daripada ketaatan yang membawa kepada ujub dan takabur”


Apatahlagi mereka yang ujub dan sombong dengan keturunan seperti yang mendakwa dirinya dari keturunan Nabi s.a.w ataupun wali ataupun ulama sehingga dia memandang lekeh kepada orang lain.

Ini sama dengan slogan Iblis ketika membantah Allah:

“Aku lebih baik daripadanya (Adam), aku diciptakan dari api sedangkan dia diciptakan dari tanah” (Surah al-A’raf ayat 12).


*Sopanlah dan sederhanalah dalam berpakaian*

Hasnan Bin Daud | JORDAN

Monday, 24 March 2014

Baik ke neraka ? Dosa itu membawa ke syurga ?

Dosa membawa insan ke neraka.
Perbuatan baik pula membawa insan ke syurga.
Itulah hasil yang sepatutnya.

Dosa adalah perbuatan salah yang dimurkai Allah.
Kebaikan adalah perbuatan baik yang disukai Allah.

Pun begitu dalam kehidupan insan tidak mustahil untuk dosa menyebabkan seseorang itu mendampingi Allah sehingga membawanya ke syurga.

Juga tidak mustahil kebaikan membuatkan seseorang melupai Allah sehingga membawa pengamalnya ke NERAKA

Bagaimana dosa membawa diri mendampingi tuhan?
→ Bila menyesal dan beristighfar bersungguh sungguh sehingga malu kepada Allah lantas senantiasa waspada setiap apa dia lakukan.

Bagaimana pula kebaikkan membawa diri pada kemurkaan dan sia-sia?
→ Kebaikan sepatutnya membawa ke syurga, tetapi jika pengamal kebaikan itu menjadi riak, sombong, takjub dengan dirinya sendiri sehingga merasa dia tiada cacat di hadapan Allah. Hilang dari jiwanya perasaan tawaduk, kerendahan diri sebagai hamba dan seakan pasti dirinya ke syurga. Ditambah lagi, dia memandang lekeh kepada orang lain. Orang lain bagaikan pendosa, dialah bagaikan sumber pahala. Ini merupakan musibah terhadap kerohaniannya. Ini telah menimpa ramai golongan yang berpakaian agama sehingga mereka bagaikan penentu siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Berjalan dengan sombong sambil menghulur tangan untuk dicium oleh orang lain dengan bangganya.

Inilah yang dinukil oleh al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah tadi:

“Ada pula yang beramal dengan kebaikan lantas dengannya dia masuk neraka”.

 

Ibn Qayyim menjelaskan maksud hal ini dengan menyebut:

“Dia beramal dengan kebaikan lalu sentiasa fikirannya mengungkit, mengingat dan menghitung-hitung kebaikan itu terhadap tuhannya dan manusia. Dia takabur dengannya, dia merasa pelik jika orang tidak mengagung, memulia dan membesarkan kebaikannya. Sentiasalah keadaannya begitu sehingga bertambah kuasa pengaruh perasaan itu lalu ia memasukkannya ke dalam neraka. Tanda kebahagiaan itu apabila kebaikan-kebaikan seseorang hamba Allah itu berada di belakangnya (dia tidak mengingatinya) sementara kejahatan-kejahatannya pula berada dalam ruangan matanya (mengingatinya). Tanda kecelakaan pula apabila hamba itu menjadikan kebaikan-kebaikannya memenuhi ruang matanya sementara kejahatan-kejahatannya berada di belakangnya (dia melupainya)” (meninggal 751H) dalam karyanya Miftah Dar al-Sa’adah.


Hasnan Bin Daud | Jordan

Saturday, 15 March 2014

Cinta Pandang Kopiah .

Bismillah .

Once upon a petang , there is a man walking by the beachside .

Akhi : Allahu Rabbi , hebatnya ciptaan Allah . Luasnya lautan membiru keruhnya .

Once in a blue moon , dia nampak seorang akhawat . Fuhhh ! Cantiknya bukan main . 'bertopeng' pulak tu *niqabis ke ni kobis . Hehe*

Ukhti : *Aish ! Handsome kakloh laki nie . Erghh , melting >< dah lha pakai pioh congek molep :3*

Immediately , si akhi tu terus cover . Beriman and alim lha katakan . Berjalan dengan dada yg terbuka sambil kepala ditundukkan . Dihalakan kakinya dgn pantas *sunnah Rasulullah kan :D

Akhi : *Meow ! :3 mmg cair lolei lha ~ bkpo lha mata dia cute sgt >.<*

Si ukhti menyapa -

Ukhti : Ehem ehem *Do smile to me , do smile to me !!!*

Tanpa sempat senyum , di asbabkan angin yg kuat , maka tercabutlah kopiah si akhi .

*Piuuuuuu* bunyi kopiah terbang , bukan tikar terbang -,-

. . . B E R S A M B U N G . . .


Posted via Blogaway

Friday, 14 March 2014

Bicara Insan

Aku .

Aku bukan seorang sahabat - yang ada disampingmu dikala memerlukan

Aku bukan seorang tukang - yang mampu membina sebuah bangunan untukmu

Aku juga bukan seorang bangsawan - yang padanya segala kehormatan

Bukan juga aku seorang hartawan - yang mempunyai harta sebanyak yang mampu

Dikala itu aku juga bukan seorang ilmuwan - yang hidupku dipenuhi dengan semua ilmu pengetahuan

Yang pasti aku bukan agamawan - yang hidupnya seperti mendapat teduhan awan , ibadahnya memanjang .

Walaupun begitu , aku tidak meminta banyak , tak banyak . Aku hanya meminta supaya UKHUWWAH ini dibina bukan kerana aku , tapi kerana ALLAH . Kerana Dia lah satu satunya yang Maha Hebat !

1508 | 140314


Posted via Blogaway