expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, 2 November 2013

"SWEET"nye seorg SAHABAT :'(

"Malam dingin , sunyi sepi . Tiada cahaya menerangi . 
Bintang-bintang menjadi saksi , ketabahan DUA HATI"

Bait-bait ini pastinya dikatakan bait cinta andai tidak diberitahu tajuknya . Kan ?

Sebenarnya , nie lagu "Perjuangan Rasulullah" oleh kumpulan Khairan dari SBPi Kubang Pasu,Kedah .

Tajuk yg membuatkan anda mnggaru kepala bukan ? apa yg sweet ? Huhu ^_^

☻ Bismillahirrahmanirrahim ☺

Jika diteliti sirah , Gua Thur ada memori bersama Rasulullah S.A.W bertemankan Abu Bakar Al-Siddiq yg setia . Mereka berlindung seketika di dlm gua demi mnyelamatkan iman mereka . Dengan mementingkan keimananlah , jasad Baginda dijaga Allah . Rasulullah terselamat dari dibunuh tentera Musyrikin Mekah . Watak-watak yg mncul seperti Hamamah (merpati) dan Ankabut (labah labah) yang membina sarang dan bertelur di hadapan pintu itu bantuan dari Ilahi secara tidak langsung mnyelamatkan baginda

Teringat pada kisah bapa mertua Nabi → Saidina Abu Bakar yang memilih utk berdepan risiko dgn menutup sbuah lubang di gua sehingga kakinya terkena gigitan haiwan berbisa . Dek keimanan yg tinggi dan semangat setiakawan lha segalanya berlaku :) Subhanallah , sweetnye Abu Bakar pada Rasulullah ☻

Dalam kisah riwayat hidup Rasulullah pn ada meriwayatkan ; Rasulullah SAW sangat mengasihi Sahabat-sahabatnya. Jika seorang Sahabat sudah dua tiga hari tidak kelihatan, baginda akan bertanya, “Ke mana perginya si polan si polan itu…”

Jadi , jadilah sweet kpd sahabat kita . Bukan kerna wang ringgit , mahupun CaPub ( cari publisiti ) , tapi jadilah sweet kerana Allah Ta'ala . Ukhuwwah fillah abadan abada :)

"